hari ni kat sekolah ada buat korban. macam buat practical lah. ramai jugak kawan kitaorang tak pergi, so I'm decided to do like that too. Hahah, jahat gila. Takpe-takpe, kat sekolah tu ada bebudak form1 sampai form6. bebudak sekolah rendah darjah 1 sampai 6. jadi penulah kan sekolah tu. bila tengok sekolah tu, ingat pulak sekolah lama kat kuantan. memey banyok gila memory kat situ. mana taknya, dari aku darjah satu sampai form 3. tang form 3 tu 2 minggu awal persekolahan jee lah. kadang kadang aku dah masak perangai sekolah tu. serious, rindu gila susasana kat sana.
Apabila aku masuk sekolah lain, aku boleh boleh tengok sendiri perubahan tentang diri aku. setiap tempat ada kelemahan dan kebaikkannya tersendiri. kalau sekolah lama aku tak banyak girlfriends , tapi kalau kat sini ya ampun. mulut sorang sorang takleh nak berhenti bercakap. semuanya nak cakap cakap . sampai kalau aku nak cakap pon, kena tunggu turn. kat sini perangai bebudak lagi, kalau kat sana mungkin matang siket agaknya. sebab kat sana kawan dengan kakak form 4, memang lah perangai dah ikut matured sekali kan.
kat sekolah ni, kawan budak sama umur, tak campur pon dengan kakak - kakak form 4 ke atas. perangai taklah berapa matured sangat kan . hihiwhiw. walau apepon yang terjadi, persahabatan antar kami semua tak akan pernah putus sampai bila bila. sahabat sejati kan, mesti tak akan putus.
In this above, I introduce my BFF .
This is Adriana Amni binti Abdul Halim. Her name like a princess right, memang pon. Kami berjumpa ketika masa form 1 . hanya Allah jee yang tahu betapa mesra nya saat itu bila kami berkawan. and now, she study in Maahad Perak. Jauh beno kalau aku nok g kesana. dok rok nok g. tapi InshaAllah, jika Allah mengizinkan kita berjumpa, pasti kita akan berjumpa. Aku rindu gila gila kat dia. Dia sahabat sekepala dengan aku. Amni, ana rindu masa ni. kita bercakap, kita nyanyi pastu kita memekik dalam surau pastu dalam kelas semua tu. ana rindu nak dengar suara anti tu. mama ina pon ana rindu jugak. rindu pulak tidur rumah anti. banyak sangat kenangan yang takleh nak dilupakan.
#Gambar masa 1 July 2011 .
This is Nur Ainul Syifaa' binti Hisammudin. Selepas Amni kena pindah ke Perak, aku taktau nak kawan dengan sape. Disebabkan perangainya lebih matang daripada aku dan perangai aku kebudak budakan siket masa tu, aku share masalah dengan dia apa semua tu. Anyways, dia ni budak really made from terengganu. ganu dia memey pekat. sampaikan aku takleh nak ikut apa dia cakap masa mula mula dia masuk. pastu lama kelamaan aku, bahasa ganu aku pulak jadi pekat bila cakap dengan dia. dia pulak suruh aku perlahankan bila bercakap. Hahahha, lawak gila masa tuh. Ape pon, persahabatan kita ni tak pernah putus okayy. btw, adik dia dengan adik aku pon kawan rapat gila. kalau kitaorang ada kelas petang. mesti cakap "kalau amirah ada situ, mesti ada dayah gok" . Senang citer, tak payah nak cari jauh jauh.
#Gambar diambil sewaktu hari terakhir aku di sekolah
Yang ni pulak Mimie Shahira binti Azhar. Dia kawan aku masa sekarang. Kitaorang amek PMR sama sama. ada yang cakap mata kami sama. tapi aku rasa macam biasa jee. Dia ni sekarang jadi peneman aku dalam kelas. Pekak dia, pekak aku. sakit dia, sakit aku. perangai dia, perangai aku. anything is sama jee semua. apa yang aku buat, automatic genetic ke dia jugak. haha, sampaikan ustazah cakap "badan sama, jalan sama.ustzah dah tak kenal" . Hahah, sekarang ni kitaorang tengah cari cari asrama untuk tahun depan. ingat nak sekolah sama. tapi itulah, tengah aim sekarang ni.
#Gambar baru lagi
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
In conclusion, kawan kawan kita boleh cari. semua tempat memang ada. TAPI yang nak cari sama kepala, sama hati itu susah. Semua kawan aku. semua orang sahabat aku. tapi mereka inilah yang aku sayang sampai bila bila. Daripada kita dok bercinta dengan laki, better kita bercinta dengan kawan sendiri. betul kata orang, kalau perempuan jalan dengan bff dia. memang boyfriend dia pon akan jelous sebab kami bukan mahram. kami boleh buat tanpa batasan pergaulan. Kadang kadang tak payah couple pon takpe, sebab SAHABAT kita kan ada. Dia lagi tahu hati kita macam mana kan. May Allah bless our friendship until Jannah , InshaAllah .