“MY HERO”
Allahu Akbar, Allahu
Akabar, Itulah laungan pertama yang diucap olehnya.
Melihat riak muka
menangis kerana gembira keran sudah digelar seorang ayah,
Pahit dan getir
diketepikan untuk seketika,
Itulah kegembiraan yang
dirasai oleh perasaan yang digelar seorang ayah.
Wahai Ayah,
Engkau melihatku hari
demi hari,
Melihat gelagat anakmu
yang kini hampir dewasa,
Berjalan ke hulur, ke
hilir,
Berasa gembira kerana
anakmu kini kian membesar,
Tidak pernah mengenal
erti penat, lelah dan letih,
Kau sanggup lakukan
apa-apa sahaja untukku,
Panas terik bagaikan
separuh daripada hidupmu,
Engkau amat mulia di
depan mataku,
Kerana itulah jasa yang
tidak pernah akan kulupa buat selamanya,
Kau insan yang ku
sangat cintai di dunia dan akhirat
Terima kasih superheroku
ayah.
Wahai ayah,
Andai kata aku pergi
dahulu sebelum mu ayah,
Akan ku kirimkan Allah
untuk menjagamu dengan sempurna ayah,
Engkau perlu tahu
bahawa aku pasti akan merinduimu buat selama-lamanya,
Sampai kita ketemu di
Syurga sana yang kekal abadi,
Aku begitu gembira
kerana dapat memiliki insan sepertimu ‘ayah’.
Wahai ayah,
Terima kasih kerana
engkau telah menjadi imam pertamaku,
Engkau juga telah
menjadi penyuluh hidupku dan murrabiku untuk selama ini,
Semoga Allah sahaja
yang membalas jasa baikmu wahai ayah,
Ya Allah, Engkau
kekalkanlah hubungan kami ini biar sampai ke Syurga.
Dahulu....
Kini.....
Selamanya.......
ILOVEYOUAYAH <3