Assalamualaikum and say hello to earthings, Sekarang nih aku busy dengan kerja kursus sejarah dengan geografi. Huh *penat berlawan dengan paper tahun nih. Aku nak 9 A+ tapi perangai aku macam tak ready nak ambik. Ayah cakap next month aku dah nak start kelas tution. Aku sayang ayah. Sekarang hubungan aku dengan umie dah nak baik semula. Memang aku tak nak jadi anak derhaka tapi aku perlukan masa untuk berfikir. Tak mudah kita nak memikirkan sesuatu percakapan orang kat kita. Setiap perkataan, itulah setiap doa yang kita ucapkan. Mungkin dalam sesutu percakapan ada yang baik dengan buruk kan, yedok kan ? Aku harap selagi aku boleh jaga mulut aku dengan betul, selagi tu perangai aku dengan betul. Mulut cakap ye tapi perangai tak, tak jadi jugak kan. So, kita kena seimbang antara hati dengan mulut. Semoga Iman aku terus kuat.
Macam aku cakap tadi, aku tak nak jadi anak derhaka sebab keredhaan Allah terletak kepada keredhaan Ibubapa dan kemurkaan Allah terletak kepada kermukaan Ibubapa. Aku taknak gagal atas sebab aku tak dapat keredhaan umie dengan ayah aku. Memang kadang-kadang aku nih jenis yang kuat merajuk dengan kuat terasa hati. Even ayah cakap dengan aku slow talk pun aku still menangis Umie aku pun macam tu jugak. Yaaah, that's me. Kuat menangis. Hati perempuan memang lemah. Duhai lelaki, janganlah awak nak sakitkan hati perempuan yang awak sayang seperti mak awak. Mak is the first heart. Even dah ada perempuan lain selain mak, sayangilah mak selagi diaorang masih ada lagi. Kalau macam aku, even dah ada yang aku minat, tapi ayah dulu dalam hati aku. Allah, Rasullulah, Mak ayah dan baru dia. Itu yang aku ada dalam prinsip aku. Allah banyak beri nikmat pada kita, takkan kita nak sombong pada Allah pulak kan. Tak terkata nikmat yang dia bagi. Contohnya mata. Kalau kita takde mata, macam mana kita nak tengok keadaan sekeliling kan. Cuba awak semua fikir, mana ada doktor mata bagi mata kan ? Allah pun bagi akal kat doktor-doktor mata tu. Sebab apa ? Sebab Allah nak doktor mata tu fikir macam mana nak lakukan proses pembedahan mata. Maaf lah, kalau ayat aku tonggang terbalik. Bm pun tak tinggi mana pun. Aku cakap apa yang betul dan sama-sama kita muhasabah diri.
Yang kedua, aku sayang Nabi Muhammad. Awak semua ada baca kisah sebelum Rasullulah nak wafat. Dia takde nak inginkan harta pun. He just to says "Ummati, ummati, ummati" . Kalau kita fikir, Dia tu adalah orang sebaik-baik umat. Even, kita tak pernah jumpa dia, tapi kita cubalah ikut sunnah dia. Pahala berganda jika orang tak dapat berjumpa dengan Beliau. Masa aku lawat masjid Nabi harituh, aku menangis sebab aku kagum dengan apa yang dia buat. Dia ajak umat dia masuk islam. Bukan mudah nak ajak orang ikut kita. Banyak perkara Rasullulah hadapi ketika itu. Kita tak dapat nak bayangkan betapa dia kena hina dengan kaum-kaum musyrik. Kita manusia yang sering lupa termasuk juga dengan aku. Tapi takkan Rasul sendiri pun nak lupa. Ada cara yang senang untuk mengingati Nabi iaitu kita selawat nama dia. Setiap masa kita buat, InshaAllah, kita pasti dapat syafaat di ukhrawi nanti.
Mungkin sampai situ je aku boleh menaip, dah kekeringan idea nak tulis. Nanti ada masa aku tulis lagi, Assalamualaikum :)