Assalamualaikum peeps dan hello ^_^ Tarik nafas dulu sebelum bercerita. Supppp, okay dah :p. Hahah, just kidding. Here we go. Harini aku nak tulis artikel pasal "KAHWIN MUDA". Sebagai aku remaja. memang aku akui, iman aku turun naik turun naik. Zaman muda memang seronok, banyak nikmat yang datang. Dan zaman itulah yang aku tengah melalui sekarang. Suka itu fitrah. Fitrah itu semula jadi. Kita tak boleh nak tolak tapi kita kena face it. Maybe it's susah. Susah daripada periksa kehidupan kita nih. Korang ada baca kak denabahrin punya story kan ? Sangat romantik lovestory mereka. Mungkin aku nak macamtu tapi aku boleh berangan je lah lah kan. Aku ada baca satu artikel banyak kebaikkan kalau kahwin muda aku cuma copy daripada penulis tersebut
Kebaikkan & Kelebihan Berkahwin Ketika Belajar Pada Usia Muda
1) Kahwin awal dapat mengelakkan zina.Pasangan muda yang masih belajar apabila kahwin muda, mereka akan terlepas dari melakukan maksiat sebab mereka dah mempunyai hubungan yang halal dan sah. Ustaz aku cakap couple dibolehkan TETAPI tidak melalaikan Allah. Aku pun tak berapa nak sure pasal tadi tu. Itu semua mengikut kefahaman aku je lah. Oleh sebab, korang dengar kan pasal kes buang baby. Kesian aku tengok baby tuh, dia tak berdosa pun. Yang dosa mak dengan ayah dia, tapi akibatnya baby tu jugak jadi mangsa. Itu sebab kenapa couple itu diharamkan.
2) Dapat mengawal nafsu dan elakkan maksiat,Sekarang ni terlalu banyak kes anak di luar nikah , kes pembuangan bayi.Ini semua berlaku disebabkan perasaan cinta yang ditambah dengan nafsu dan dengan hasutan syaitan maka terjadilah zina. Sebab tu digalakkan berkahwin ketika belajar pada usia muda, sebab kita selamat dari melakukan perbuatan terkutuk iaitu zina dan selamat daripada melakukan dosa. Apabila dah berkahwin pastinya kita akan menjaga zuriat kita dengan baik dan sempurna.
3) Batas-batas pergaulan anda terpelihara, memang tak dapat dinafikan pasangan couple selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin berjumpa,ingin dating,ingin bersama2 setiap masa dan waktu.Apabila perkara ini selalu terjadi, secara tidak langsung pasangan ini akan terlibat dengan melalukan perbuatan terlarang iaitu maksiat & zina.
Bila dah kahwin, dan mempunyai hubungan yang sah anda sudah berjaya menjaga batas-batas pergaulan anda.
4) Bila dah berkahwin pada usia muda, anda sebenarnya sudah boleh dikatakan selamat dari gangguan orang ramai. Sekarang ni kita boleh lihat setiap hari perempuan2 yang cantik akan diganggu oleh lelaki.
5) Selamat dari cinta monye. Kita biasanya cinta monyet ni bertahan sekejap selepas itu putus.
Ramai sebenarnya yang cinta monyet, berjanji sehidup semati lah, nak bersama2 untuk selama-lamanya.Tapi bila hubungan yang diharapkan kekal sehingga ke jinjang pelamin akhirnya musnah.
Apabila perkara ini berlaku, anda akan kecewa,sedih,marah,benci dan paling teruk hilang kepercayaan terhadap cinta ada yang sampai bunuh diri.Sebab itu anda patut berkahwin ketika usia muda, sebab apabila dah berkahwin insyAllah akan kekal selama-lamanya.
6) Hidup lebih berkat dengan adanya hubungan yang sah.Pastinya hidup anda akan lebih berkat apabila mempunyai ikatan hubungan yang sah iaitu suami dan isteri.
7) Prestasi cemerlang selepas kahwin,dan mendapat semangat baru untuk belajar, tak dapat dinafikan dah ramai yang berkahwin semasa belajar mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam pelajaran dan exam. Dengan berkahwin, menjadikan seseorang itu lebih tenang dan matlamat hidup mereka lebih jelas. Mereka lebih fokus dalam bidang pelajaran dan sokongan dari pasangan membuatkan mereka lebih bersemangat
8) Hadiah yang terlalu bernilai dan diharapkan oleh ibu dan ayah anda.Semua ibu dan ayah ingin menimang cucu mereka sendiri.
9) Dapat membuat perancangan keluarga lebih awal, apabila kita berkahwin pada usia muda kita sudah boleh merancang untuk masa depan keluarga anda. Isteri juga akan berasa yakin dan konfiden apabila melahirkan anak pada usia muda.Selain itu,pasangan yang berkahwin pada usia muda sebenarnya beruntung sebab boleh menjaga anda di usia muda. Kelebihanya apabila umur anda sudah 30 lbih masa tu anak-anak dah besar.Jadi kita tak kelam kabut pada usia tersebut.
10) Menjadikan kita lebih bertanggungjawab, bila dah berkahwin dan mempunyai keluarga. Kita pasti akan ubah sikap2 malas kitankepada rajin sebab kita bukan lagi hidup dibawah jagaan ibu dan ayah tetapi kita sudah mempunyai tanggungjawab besar untuk jaga keluarga kita sendiri.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara
yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk
waktunya,jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis
setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” – (H.R. Tirmidzi)
Aku kat sini bukan nak menggalakan remaja kawin usia muda tapi kan JODOH, AJAL , MAUT semua ditangan ALLAH. Kita sebagai manusia kena terima qada' dan qadar kita sendiri.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment