Yana Ibrahim The Writer: Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Hai and Assalamualaikum warahmatullah (anda sambung ) ...... Today I want to post about Solat sunat dhuha . Actually , solat sunat ni senang kita praktikan masa pagi-pagi . Sekolah yana selalu buat , tapi oleh kerana student nih almost lately datang sekolah . So , tak sempat nak jadi jadi makmum . Kene solat kat belakang . Sampai-sampai jea orang dah baca doa . *pengawas pun boleh lambat . ^^ . Cikgu-cikgu cakap suruh amalkan setiap hari . Solat sunat dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang matahari naik (anggaran 8.00 pagi- 11.00 pagi ) kalau pukul 12.00 tuh kan tengahari , dah nak zuhur pun . Solat sunat dhuha ialah solat yang tidak pernah Rasulullah tinggalkan .


Berkata Abu Murrah Ath-Tha'ifi  r.a. bahwasanya Rasulullah telah bersabda : 

Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :

” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang
 menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yangsuka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yangmenunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Fadilat Dhuha

Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:

1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allahbaginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)



Kalau korang nak senang hafal doa , korang try dengar kat video kat bawah nih . Yana kat sekolah baca doa dhuha dalam berlagu . Baru ada feeling siket nak baca . Memang sedap . even ada yang sesetengah tak berapa nak lancar baca doa dalam bahasa arab , mungkin video tuh boleh bantu korang semua .






Tumpang lalu , gambar cik siti nih nak menyelit . *mengada betul lah perempuan nih eik ..






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright@Segalanya Adalah HakMilik LyanaIbrahim