Yana Ibrahim The Writer: 2014

tudung labuh

Assalamualaikum and hai semua,
Lama kita dah tak berjumpa kan blog sejak akhir akhir ni kan dan aku lama jugak tak menaip kat sini. Inipun dah retiss update pakai baby pink aku ni. Woahhh, sejak bila ni dah pandai minat warna pink ni yana. Aku pon taktau since when. Hahahaha.

So, today i want to talk about budak yang sekolah agama. Sebenarnya aku bukan nak cakap banyak pon pasal bebudak sekolah agama ni sebab aku dah include dalam tajuk ini jugak. Jadi takkan lah nak mengutuk lah kan. Sebenarnya kami semua bukanlah nak digelarkan sebagai Ustazah atau Ustaz dan bakal bakal ustaz / ustazah. Kami hanyalah pelajar yang hanya niat untuk belajar agama dan masa depan kami. Kami jugak tidak kolot seperti mana kalau people nowadays thinking. Dan tak seperti mana kalau kita semua tengok bebudak zaman sekarang ini. Even budak sekolah biasa yang takde asas agama sekalipun boleh jaga solat 5 waktu dia sehari semalam ini lagi lah budak sekolah agama.

Kita as manusia biasa. Banyak benda yang nak perlu kita tahu dan banyakkan lagi belajar. Kata ustazah aku kat sekolah , kalau nak belajar mestilah berguru. Kalau tidak berguru, memang lain iman kita sebab kita tak pandang pandangan orang yang lebih berilmu pada kita. Sebab orang yang lebih ilmu dia lebih banyak makan garam daripada kita. Lagipun dia dah banyak belajar apa yang kita taktau kannn..... Jadi perkara pertama untuk kita belajar mestilah ada guru. Ada paham semua ?

Yang kedua, kita semua ini bukan nak tahu pasal dunia sebab dunia kita lagi satu jugak kena tahu. Sayangkan kalau kita semua lama dah hidup kat dunia tapi kat sana kita taktau. Allahuakbar Allahuakbar, betapa longlai kita semua dengan hawa nafsu kat dunia ni. Aku pon lemah dan tak semudah itu kuat untuk melawan hawa nafsu yang jahat ni. Allah ada. Dan dia boleh bantu kita semua. There is no God except Allah and He always hear what we say and keep praying to Him. Insyaallah, He will helps us. Cuma teruskan berdoa agar kita semua ditetapkan jalan yang diredhaiNya. Kita manusia semua ada salah. Kalau tiada kesilapan dalam kehidupan, itu bukanlah rencah kehidupan. Kita ada carta kehidupan kita sendiri. Kadang kadang kita berada di bawah kadang kadang kita berada di atas. Maybe Allah test us when kita ada kat tempat yang dah betul betul senang tu, kita masih ingat pada dia atau tidak sebab kebagiaan, kemanisan dalam kehidupan itu semua datang dari Allah taala. Dia yang dah tetapkan hidup kita macam gini jadi tak payah kita nak pertikaikan. Mari kita semua ingatkan sama sama benda yang baik dan benda yang buruk apanyang kita buat. Tegurlah aku kalau ada kesilapan dan diamlah jika ada berbuat baik. Sebaiknya tangan kiri yang tahu apa yang tangan kanan buat kerana diam adalah perkara yang terbaik lagi lagi dalam puasa ni kan. Banyak kan baca al-quran, sedekah, zikir, selawat ke atasNya dan kurangkan perkara perkara yang laghah.

Dan yang terakhir, jangan pernah anggap budak sekolah agama atau bebudak yang bertudung labuh atau yang pakai pakai songkok ni baik je semua macam satu titik dosa tu takde. Haha, jangan percaya semua itu. Sebenarnya, benda ini semua hanya membimbing dan mendorong seseorang itu menjadi yang lebih baik dari dulu. Sesetengah orang lain akan cakap 'wehh, kalau perangai kau macam gini, lebih baik takpayah pakai tudung labuh' . Itu bukan faktor utama pada kami semua. Ini cuma nak membantu diri untuk yang lebih baik dan mengelak perbuatan yang tak elok . Meh aku bagi contoh, masa kita puasa, kita tak boleh buat perbuatan yang tak elok untuk mengelakkan dari batal puasa kan. Mata kena jaga, kaki kena jaga, semua kena jaga. Kalau buat, sia sia jee kita puasa. Buat penat jee tahan lapar haus. Macam tu jugak kita kan. Hidayah Allah datang bukan sekelip mata dan bukan kita nak tunggu hidayah Allah untuk tutup aurat perempuan ataupu lelaki. Itu semua Allah dah cakap dalam Al-Quran dari dulu lagi sebelum manusia hidup lagi. Itu sahaja cerita dari saya. Harap semua faham apa yang saya nak perkatakan ini. Assalamualaikum semua. Selamat berpuasa penuh yaaa.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Pavlova pon bolehhh.

Assalamualaikum and hello people.
Sekian lama aku tak mengupdate b;og ini, dah masuk kira kira dalam 3 bulan lebih kan.
huhuih.fuhhh, lap ayak peluh.

Actually, i'm have done with my mid year test. So far, so good. Many things and questions that i can do it. and half of that, i'm wasted my time to sleep forever and ever. *maybe i can found my answer in my dream.
Today, i wan to shared with you about my hobby or my favorite or the things that i like to do.

As me as girl, i'm loved to sew and bake some cake and muffins. this way can make me happy and can forget about my past or anything. Sebenarnya, buat kek ni senang jee. cuma nak kena rajin jee. kalau tak rajin, pemalas namanya. macam aku jugak *eh aku pon include jugak dalam kategori pemalasan itu. wink wink.

harituh dah pernah try buat pavlova, hampeh dok jadi. rasa macam makan gula. nasib atok aku tak makan, kalau tak. ada jugak karang pergi hospital. hahahak. aku bagi adik dengan anak sedara aku makan jee. memula aku buat dah jadi, putih telur tu elok ajee mengembang tanpa cacat cela baginya. pastu aku letak esen vanilla, aku ingat dalam adunan tu kena letak 2 sudu BESAR vannila, rupanya kena letak 1 sudu KECIL jee. Masak la, memang tak jadi. sebab dia macam berair. pavlova ni kena hati hati siket. masa memula kita nak mixed white egg tu sampai mengembang, make sure yang takde setitik pon kuning telur dan telur itu di dalam suhu yang betul. kalau telur dalam icebox, keluar kan dan bagi telur itu berada seperti di dalam suhu manusia. *eh ada eh macamgitu pulakdah.....

pastu suhu dia kita kena pandai jaga, jangan terlalu panas dan jangan terlalu rendah sangat suu dia tu. pastu bila pavlova kita dah siap, make sure that awak sejukkan pavlova itu sebab nanti kan kita kena letak whipping cream and fruits sour kat atas tu. Contohlah kan, pavlova itu panas, nanti creamnya cair dan tak sedap kot sebab takde rasa cream dia. kalau aku suka letak whipping cream banyak banyak biar sedap dan berlemak lemak. hahak. kepantasan aja badan gua jadi tong. sekarang on the way nak jadikan badan ini macam lidi pulak tapi ambil makan masa siket sebab kalau nampak makanan sedap terus nak makan jee tak ingat dah kanan kiri.

Sekian sahaja coretan aku pada malam ini. Nanti InshaAllah, ada masa aku sambung balik nak tulis diary hamprakkk ini. Assalamualaikum.

Sekian ~

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

New month

Tahun baru. Bulan pon dah masuk baru. macam tak caye jee kita dah masuk bulan 2 bagi 2014. dalam blog ni aku tak letak banyak cerita sebab kadang kadang aku taktau nak letak cerita apa dalam ni. kadang kdang merapu better tak payah letak kan ?

sekarang dah masuk bulan 2. ini bererti birthday aku dah nak dekat. eik eik eik. 14 haribulan februari. bangga kejap. genap lah umur aku 16 tahun kan. kan. kan. haha. harini hari khamis. kalau johor, means harini hari last of the week cuti. kalau dulu kan hari jumaat last cuti. aku sebenarnya dah cuti dah lama dah. start pada minggu lepas hari rabu. pastu rabu minggu ni aku dah cuti sebab kesihatan yang melanda aku ni. demam panas aku ni. mungkin sebab cuaca yang tak menentu. semalam dah pergi klinik. amek ubat semua lah. ingatkan harini kalau dah sihat boleh lah pergi sekolah lah kan. tapi malam tadi demam aku naik lagi. so harini aku ingat nak tambah satu hari lagi. tekak pon tak berapa nak selesa sangat. ayat baik tu aku bagi. itu jee kot aku nak tulis harini takde cerita apa apa. kepala gua pening. jadi i nak stop dulu our conversation harini. okay. Assalamualaikum semua
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

takde title

Hai and assalamualaikum dunia. selamat petang aku ucapkan. eh, petang pon  nak cakap selamat jugak ehh. takpelah untuk memenuhkan isi ruangan blog ni. haha, walaupun bm dapat b jee. tapi pepanjang aku nak buat.

intro yang lepas aku dah buat pembukaan untuk 2014 ni kan . ada older post tu. hang pi baca jee lah. haha. normally my life as me as student. homework homework. tak boleh nak lari dari mende tu tapi kekadang aku paling stress bila dapat homework maths. ya Allah, rasa macam nak pecah kepala sebab mikir pasal menda tu. actually, maths ni senang jee. cuma hazirah cakap kalau nak buat maths ni kena hati manual siket. kena sabar siket. jenis aku ni nak terus jawapan. memang bukan penyabar lah kan ^_^

sekarang ni aku dah form 4 tapi masih keliru nak amek bidang apa. nak kata sains pure memang aku tak boleh lah. jenis malas nak belajar banyak banyak. cukup sekadar aku boleh bawak sudah. tak payah nak poning poning kan kepala kaaaaaan ?

sejak aku sekolah kat sekolah baru ni. aku dah jadi rajin siket. ecececeh *pujidirisendiri. mana taknya buat jee homework. patutnya aku sekarang dah dapat rasa yang sepatutnya kena ubah perangai aku sejak dari irsyad lagi kena rajin buat homework. tapi masa irsyad tu takdelah kosong buku tu. adalah jugak penuh. haha. tapi bila masuk smitt terus homework tinggal. sebab ? dalam kelas aku suka borak. pastu tanya soalan tu memang ada, tapi terus lupa. dah lah masa tu pmr. sucks gilaaa. Haih. Apo nok jadi dengan mung yana. nasib lehh pmr mung *kamu okay. haha

sepatutnya masa aku form 4 ni kena amek sma *sijil menengah agama. tapi kalau dalam negeri johor ni. kena amek smra dulu, baru boleh amek sma. negeri lain semua takde smra. HANYA DI JOHOR . kann. tapi kira untung apa, sebab smra ni amek masa form2. mungkin senang kot nak belajar subject sma masa form 4 kan. But for me its hard. mungkin sebab aku tak pernah belajar. masa kat smitt dulu pernah belajar tapi masa tu aku belajar main main aje. sebab nak focuskan pada pmr lah kononnya. haha. tapi aku terima dengan result tu. aku puas.

YEAHHHHHHHHHHHH. AKU MEMANG PUAS DENGAN RESULT AKU SENDIRIIIIIIIIIIIII.

aku dah puas apa yang aku lalui masa form 3. dugaan belajar tu. ya ampun. aku tahan dari mengantok dalam kelas dalam saat saat dah dekat pmr. masa beginning school tu memang ada lah tersentokkk jugak dalam kelas. tapi sekarang dah tak tidur tapi tersenggok senggok je dalam kelas. itupun kawan sebelah pukul aku masa mata aku dah nak tertutup dengan rapinya. haha.

okayy. thats all for today. nanti lain hari aku sambung balik. nak pergi mandi. balik sekolah malas nak mandi. sekarang baru bertolak nak pergi ke kamar mandi. poyo gak ayat aku tu.



muka toye nak masuk dalam blog.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Ahlan Wasahlan 2014 ;)

Assalamualaikum and selamat tahun baru kepada semua kaum. Dah lama aku tak bukak blog pink aku ni. Sekarang aku dah mulai sibuk dengan all the homework which given by my teacher. if I want to compose , i need more time to write. kena banyak idea siket apenda aku nak bubuh dalam blog pink ni. as usually, aku dah merantau dari mitt tu. aku dah berhijrah lagi sekolah di tempat lain. tapi negeri dia sama jee. Tetap di Johor.

aku sebenarnya takde apa yang nak ditulis kat sini. nak cerita siket pasal sekolah baru aku tu. nama sekolah baru aku Sekolah Menengah Arab Kota Tinggi. aku rasa macam tu. sebab kebanyakkan sedara aku panggil, sekolah arab. takpe, lama kelamaan aku biasa lah tu. sekolah tu sama jee macam sekolah-sekolah aku yang dulu. agama jugak. aku dah biasa dengan semua itu. jadi, aku takdelah nak heran sangat pasal sekolah. nawaitu aku sebenarnya pada this year is i want something different that i can do. aku ada pernah terniat aku nak masuk tahfiz masa form 4. tahfiz sepenuh masa. aku jenis yang tak kisah pasal masa depan aku. apa yang aku buat sekarang, ia membawa aku pada masa depan aku sendiri.

masa awal persekolahan, aku dah banyak kali mimpi yang aku sekolah yang tutup habis. aku pun tak berapa pasti dengan mimpi tu. tapi aku harap yang aku boleh bawak agama ni dengan elok. sekarang, aku jugak beristiqomah untuk terus jadi seorang muslimah. even aku sekolah agama dari tadika lagi, mulut aku agak lancau siket. aku kadang kadang menerima kritikan orang pada aku. tapi aku tak kisah pasal semua. aku kisah pasal kebahagiaan ayah dengan umie aku. mungkin kadang kadang, aku berundur sebelum berperang. mungkin aku terlalu pengecut untuk hadap semua ni. tapi aku yakin yang Allah sentiasa ada dengan aku. kadang kadang aku lupa yang aku ni terlari dari jalan Allah. aku dah jauh dari Sang Pencipta. kadang kadang aku lalai dengan perintah. aku sombong dengan Allah. aku dah terlalu leka dengan dunia ni. aku jugak sedang cari jalan yang terbaik untuk aku lalui.





Mohon doa kalian :)
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright@Segalanya Adalah HakMilik LyanaIbrahim