Kehidupan kita tak jangka. Apa yang Allah rancang bukan kita tahu. Kita cuma hambaNya saja. Kita yang merancang tapi Allah tahu segalanya. Yana cuma redha je apa yang Allah rancang untuk yana. Yana cuma hamba yang biasa :')
Untuk pengetahuan korang, sekarang yana dah move kat Johor. Sob sob sob, sedih rasa bila kena tinggal kawan dekat Kuantan. Banyak kenangan yang dah buat kat sana. Enntah lah , memang banyak gila lah. Rumah kat sana kena tinggal , sekolah kesayangan kena tinggal. Yana dah sekolah kat situ 9 tahun. Dah memang lama kat situ. Hati dah terpikat kat situ. Hmm. Terima kasih ayah sebab memahami kakak. You're my hero. Ingat lagi masa yana ambik UPSR dengan SPPIM . Huhuh, Alhamdulilah. Result semuanya okay. Mula-mula ingat tak pass tau, sebab ada 18 subject kena catch up. Mana tak nya masa standard 6 . 18 subject tu.
Ingat lagi masa aku mula-mula masuk sekolah. Kan ada orentasi sebelum standard 1. Ayah ambik lambat siket dah nanges. Hahah, pergi tepi pagar sekolah. Mata melilau cari ayah , mana tak nya. Dah kena tinggal sorang kat sekolah. Hahah *manja lebih. And then, ayah datang , happy muka. Macam tak jumpa ayah 1 tahun. Memang kelakar lah. Heheh, kelakar betul bila ingat balik.
Masa Jumaat lepas , aku pergi sekolah sebab nak ambik berhenti sekolah. Semua benda boleh jadi kelam kabut sebab dah nervous sangatsangat. Yelahkan , ponteng 2 weeks. Thanks pada mudir kitaorang sebab faham keadaan yana. Okay, sambung ayat tergantung tu. Lepas ayah park car kat sekolah, cakap dengan angah taknak turun. Nak duduk dalam kereta. Hahah , lepastu berkepit belakang ayah. Takut punya pasal. Masuk pintu sekolah, nampak muallimah terus salam. *muallimah-cikgu . Lepastu, muallimah suruh masuk teacher's room. Hohoh, jumpa mlmh. Salam semua mlmh. Lepastu terus cabut cari syifaa'. Hhaha, Mlmh Zie cakap "awak tu tk ingat dh dgn muallimah, syifaa' jugak yang kamu cari" lepastu aku senyum terus lari malu dengan mlmh. Jalan dekat dengan kantin, lepastu terjumpa syifaa' dengan fathimah. Tetiba peluk situ.
Lepastu berjurai air mata kat situ. Air mata perempuan memang takboleh dipisah. Lepastu naik kelas, hahah. Masuk kelas tetiba nak menjerit. macam orang gila. Yelah kan, dah lama dok mari skoloh. Kita suka jerit, lepastu semua orang terkejut. Aku sorok belakang pintu. Hahah *tau pun malu. Ingatkn dah tak malu dh. Lepastu irfan tegur. Mula-mula irfan dah tegur dah. Tiba-tiba boleh naik pink sama. Haha. Kelakar. Lepastu, lari dekat kakak form4. peluk K gha terus nangis. Macam budak kan ? Memang. Well . I always be like that . crying and crying and crying. Lepastu, peluk K ina, K dyba. Salam diaorang. Jumpa mlmh Sa'adah. Cakap kejap. K gha ajak masuk dalam kelas. tak masuk pun. Malu malu >_<
And then. Ayah panggil sebab nak tahu buku letak kat mana. Mula-mula dah packing dah, entah macam mana boleh lupa nak bawak. Nervous punya pasal. Lepastu, naik kelas balik. Duk mengintai kawan kat tingkap. Entah macam mana fathimah boleh nampak. Terus dia cakp kat mlmh yang yana ada kat situ. Mlmh Maimun pun ajak masuk dalam kelas. Haha, masuk lah dalam kelas buat macam biasa. Tapi aku dalam tu, punyalah bising. berborak non-stop. Lagi-lagi syifaa' dengan fathimah. Yang fathimah tu aku kacau dia. dalam kelas meman suka kacau dia. Hahah, sorry sayang.
Lepastu, belajar sampai habis masa. Nasib ayah faham. Ayah cakap, duk kat sekolah sampai habis sekolah Punyalah happy masa tu. Hahah, lepastu. Time for snap. Kitaorang snap for the last time. Inilah hasil nya.
Dan tak dijangka petang tu aku dapat berita happy. Okay, itu takboleh diceritakan. I am glad to know you Friends. We share our story together and make a noisy in a class. I miss that. Tomorrow is where I start my new school. Wish me luck.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment