Yana Ibrahim The Writer

tudung labuh

Assalamualaikum and hai semua,
Lama kita dah tak berjumpa kan blog sejak akhir akhir ni kan dan aku lama jugak tak menaip kat sini. Inipun dah retiss update pakai baby pink aku ni. Woahhh, sejak bila ni dah pandai minat warna pink ni yana. Aku pon taktau since when. Hahahaha.

So, today i want to talk about budak yang sekolah agama. Sebenarnya aku bukan nak cakap banyak pon pasal bebudak sekolah agama ni sebab aku dah include dalam tajuk ini jugak. Jadi takkan lah nak mengutuk lah kan. Sebenarnya kami semua bukanlah nak digelarkan sebagai Ustazah atau Ustaz dan bakal bakal ustaz / ustazah. Kami hanyalah pelajar yang hanya niat untuk belajar agama dan masa depan kami. Kami jugak tidak kolot seperti mana kalau people nowadays thinking. Dan tak seperti mana kalau kita semua tengok bebudak zaman sekarang ini. Even budak sekolah biasa yang takde asas agama sekalipun boleh jaga solat 5 waktu dia sehari semalam ini lagi lah budak sekolah agama.

Kita as manusia biasa. Banyak benda yang nak perlu kita tahu dan banyakkan lagi belajar. Kata ustazah aku kat sekolah , kalau nak belajar mestilah berguru. Kalau tidak berguru, memang lain iman kita sebab kita tak pandang pandangan orang yang lebih berilmu pada kita. Sebab orang yang lebih ilmu dia lebih banyak makan garam daripada kita. Lagipun dia dah banyak belajar apa yang kita taktau kannn..... Jadi perkara pertama untuk kita belajar mestilah ada guru. Ada paham semua ?

Yang kedua, kita semua ini bukan nak tahu pasal dunia sebab dunia kita lagi satu jugak kena tahu. Sayangkan kalau kita semua lama dah hidup kat dunia tapi kat sana kita taktau. Allahuakbar Allahuakbar, betapa longlai kita semua dengan hawa nafsu kat dunia ni. Aku pon lemah dan tak semudah itu kuat untuk melawan hawa nafsu yang jahat ni. Allah ada. Dan dia boleh bantu kita semua. There is no God except Allah and He always hear what we say and keep praying to Him. Insyaallah, He will helps us. Cuma teruskan berdoa agar kita semua ditetapkan jalan yang diredhaiNya. Kita manusia semua ada salah. Kalau tiada kesilapan dalam kehidupan, itu bukanlah rencah kehidupan. Kita ada carta kehidupan kita sendiri. Kadang kadang kita berada di bawah kadang kadang kita berada di atas. Maybe Allah test us when kita ada kat tempat yang dah betul betul senang tu, kita masih ingat pada dia atau tidak sebab kebagiaan, kemanisan dalam kehidupan itu semua datang dari Allah taala. Dia yang dah tetapkan hidup kita macam gini jadi tak payah kita nak pertikaikan. Mari kita semua ingatkan sama sama benda yang baik dan benda yang buruk apanyang kita buat. Tegurlah aku kalau ada kesilapan dan diamlah jika ada berbuat baik. Sebaiknya tangan kiri yang tahu apa yang tangan kanan buat kerana diam adalah perkara yang terbaik lagi lagi dalam puasa ni kan. Banyak kan baca al-quran, sedekah, zikir, selawat ke atasNya dan kurangkan perkara perkara yang laghah.

Dan yang terakhir, jangan pernah anggap budak sekolah agama atau bebudak yang bertudung labuh atau yang pakai pakai songkok ni baik je semua macam satu titik dosa tu takde. Haha, jangan percaya semua itu. Sebenarnya, benda ini semua hanya membimbing dan mendorong seseorang itu menjadi yang lebih baik dari dulu. Sesetengah orang lain akan cakap 'wehh, kalau perangai kau macam gini, lebih baik takpayah pakai tudung labuh' . Itu bukan faktor utama pada kami semua. Ini cuma nak membantu diri untuk yang lebih baik dan mengelak perbuatan yang tak elok . Meh aku bagi contoh, masa kita puasa, kita tak boleh buat perbuatan yang tak elok untuk mengelakkan dari batal puasa kan. Mata kena jaga, kaki kena jaga, semua kena jaga. Kalau buat, sia sia jee kita puasa. Buat penat jee tahan lapar haus. Macam tu jugak kita kan. Hidayah Allah datang bukan sekelip mata dan bukan kita nak tunggu hidayah Allah untuk tutup aurat perempuan ataupu lelaki. Itu semua Allah dah cakap dalam Al-Quran dari dulu lagi sebelum manusia hidup lagi. Itu sahaja cerita dari saya. Harap semua faham apa yang saya nak perkatakan ini. Assalamualaikum semua. Selamat berpuasa penuh yaaa.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright@Segalanya Adalah HakMilik LyanaIbrahim